Hari Ini

. Monday, November 30, 2009
0 comments

Hari ini aku menghadiri "Research Training Program" anjuran Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Program ini dijalankan selam tiga hari bermula dari hari ini sehingga hari Rabu.

Apa yang menarik?

Aku mengenali beberapa pensyarah UPSI yang sebelum ini hanya mendengar nama! Aku berkenalan semula dengan perkara-perkara yang telah aku bergelumang selama setahun di sini. Sesuatu yang aku yakin ialah, selama mana pun kita merasakan kita sudah tahu, tetap akan ada perkara-perkara yang kita tidak tahu dan ini yang menjadikan perkara itu semakin seronok untuk diterokai. Mungkin ada di antara kita mengambil masa untuk mengenali sesuatu dan ada pula yang selepas tahu, buat tidak tahu! Dan berapa ramai pula yang terus mengambil tahu perkara-perkara yang kecil dan remeh?

Itulah inti pati yang dapat aku garapkan dari program hari ini bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.45 petang.

Aspek-aspek yang disentuh sememangnya berkisarkan kepada permulaan dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian khusus sepanjang melakukan penyelidikan dan banyak info yang boleh dimanafaatkan untuk jangka panjang.

Terjah!

. Tuesday, November 17, 2009
0 comments

Satu persoalan demi satu persoalan menerjah minda minta dikupas! Akhirnya aku terkulai dalam dakapan jurnal-jurnal dan macam-macam bahan untuk mencari perkaitan antara amalan pemakanan, obesiti, faktor dan polisi sekolah. Soalan-soalan kenapa, mengapa dan bagaimana silih menerpa...

Akhirnya soal selidik disiapkan tetapi sekarang buntu memikirkan bagaimana nak dirangkakan konsep yang ingin disampaikan agar aku sendiri memahami apa yang aku sendiri kehendaki...

Mencari Arah

. Wednesday, November 11, 2009
1 comments

Hari ni aku mula mereka-reka apa yang nak diisi dalam soal selidik. Payahnya! Rasanya dah berminggu-minggu aku memendam apa yang telah dibincang dengan penyelia. Mungkin kerana ada pakar yang mengatakan elok fikir dalam tidur so aku pun simpan dalam kepala segala perbincangan dengan penyelia sehingga aku rasa aku faham apa yang dia nak.

Bukan mudah nak menulis apatah lagi nak mereka-reka! Mungkin ke aku ni lurus bendul...heheheh...atau nak yang mudah sentiasa?

Apapun beberapa hari yang ada ditangan sememangnya sudah diatur untuk menyelesaikan urusan soal selidik dan proposal dalam bulan November. Mungkin kerana ada perkara yang ingin aku selesai sepanjang bulan Disember.

Kini aku sedang memerhatikan apa yang kegunaan timeline, milestone dan carta gantt! Baru aku tau kepentingannya bila aku asyik tersasar dari apa yang dirancang.

Moral of the story ialah kena plan...dan kena tahu apa yang telah diplan..biarlah dalam kepala je!

Mampukah...

. Friday, October 30, 2009
0 comments

Hari ini secara rasminya aku sudah menamatkan 2 semester pengajianku di UPSI. Maka sudah sampai masanya merangkak berdikit-dikit untuk memulakan penulisan proposal aku. Menakutkan...hehehe...pecah peluh!

Hari ni juga aku melalui satu pengalaman yang menyeramkan aku sebab buat kali pertama aku nak tengok macamana student viva di UPSI...hahahaha...masa tu jugakla nak tunjuk student yang gagal dalam vivanya....hancus aku...hilang melayang semangat aku seketika!

Setakat ni aku baru dapat maklumat ada dua lagi student yang akan viva dari FPE...harap kali ni aku tidak tertinggal apa-apa maklumat..cisss...kesilapan hanya pada email address aku je...!

Paling boring bila di UPSI, tatacara aliran untuk bergraduat tidak diatur secara tersusun. Malahan banyak maklumat tertinggal dengan keadaan tidak ada kesinambungan di antara fakulti dan IPS. Akhirnya pelajar kena bergerak sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan...itu pun dengan keadaan ada beberapa persoalan yang belum ada jawapan. Maka cara yang paling mantap ialah menyusun strategi untuk grad dalam tempoh 4 semester atau kurang.

Antara strategi aku ialah:

1. mendekati siapa pensyarah yang paling mantap untuk SPSS memandang di situ aku paling lemah
2. mendapatkan teknik penulisan analisis data dari pelajar yang terbaik...dari pensyarah yang paling mantap leee..
3. pendekatan dengan supervisor...sangat penting...biar kita mengalah dan ikut je apa yang supervisor nak..asalkan kita dapat apa yang kita nak...sanggup ketepikan pendapat sendiri??? dan simpan ego tu dalam peti besi?
4. Plan..plan..plan..
5. pastikan ada sokongan padu dari sahabat handai serta ada peniup semangat dan penenang....(yang boleh bergaduh, berbincang dan berkongsi....!)
6. IKUT apa yang dirancang....kalau terpesong, balik le ke pangkal jalan!
7. mesti ada hobi....aku?....FOREX...hehehe! sebab aku selalu berjaga malam..so dengan hobi ni, aku berjaga tapi dibayar....hahahaah!
8. sayangi keluarga....(INI yang paling UTAMA!) sebab kita buat semua ni untuk mereka juga...mungkin kerana buat aku...motto aku ialah, di mana aku berhenti, di situlah penyambung zuriat ku!

sanggup?????

Separuh sudah hampir habis...

. Saturday, October 3, 2009
0 comments

Hari ini adalah kelas terakhir untuk semester ini. Hanya tinggal untuk submit assigments yang menggantikan exam. Hari ini juga aku menemui di celah-celah yang ramai, seorang pelajar sekelas dengan aku untuk kelas Prof hariri dan Prof Omar. Sememangnya kepala dia dengan kepala aku sama. Tak pernah lokek berkongsi dengan harapan dapat berkongsi sama-sama. Namun begitu dalam lebih sejam kami bercerita, aku menyelusuri perjalanan kisah dia belajar di sini sepanjang pengajian untuk segulung ijazah yang aku rasa telah mengajar dia erti gunting dalam lipatan, antara sahabat dan musuh dalam selimut. Dan akhirnya bagaimana semua yang dirancang ada politik tersendiri.

Dia seorang pelajar Anugerah Di raja untuk Pengajian ijazahnya di UPSI dan kini sedang meneruskan pengajian di bidang Master dengan tanggunggan penuh dari UPSI tetapi dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai penolong kanan di sebuah sekolah rendah.

Pengajaran yang aku timba dalam semester ini memang mengajar aku menjadi seorang yang tidak lagi kisah dengan apa orang fikir kerana di akhir kisah itu, semuanya pasti kita yang menanggungnya seorang diri. Tidak akan sesiapapun yang akan datang membantu sebaliknya lebih cepat menunding jari dan meletakkan kita dalam keadaan salah!

Maka berbaki dua semester ini, aku hanya pentingkan diri aku sendiri tanpa perlu aku mendahulukan kepentingan orang lain kerana aku juga menyelusuri beberapa pengalaman yang menyebabkan aku memaafkan apa yang berlaku tetapi pasti aku tidak melupakan... berdendamkah aku?

Belajarlah, sebab lebih baik kita mengatakan kita tahu dan benar-benar tahu tetapi kalau kita kata kita tak tahu dan benar-benar tak tahu...hmmm?! Baik persoalkan di mana diri kita berada ketika itu...

Dan ada masanya kita merendahkan diri tetapi bukan bermakna kita bodoh atau perlu dibodoh-bodohkan...hanya sekadar mengenepikan ego untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang sanggup pergi jauh dan mengorbankan banyak perkara untuk mengerti dan memahami keperluan dan kehendak sendiri tanpa bersikap prejudis atau judgmental terhadap sekeliling?






During The Last SPSS class

. Friday, October 2, 2009
0 comments

Spss bukan bidang yang aku minat dan pasti satu software yang hanya memeningkan kepala aku. Pastinya tak mampu nak menunjuk pandai...

Tapi ntah macamana malam ni aku boleh bercerita kat depan kelas macamana nak jawab soalan xm dari Prof Hariri dengan Sarina Ayu!...hahahahahaha....lawak badak sungguh bila aku keluar dari kelas malam ni. Sememangnya pengalaman yang fulamak utk aku...eehheeeh! Aku tahu gak Spss rupa-rupanya! Kurang sikit dari prof-prof yang ajar....lebih sikit dari masa aku mula-mula masuk dulu.

Namun mungkin kerana aku cukup tak suka bila aku tak tahu...keadaan ini memang membuat aku terasa seperti OKU!

Akhirnya 5 soalan prof Hariri selesai dijawab!

1. Descriptive analysis
2. Histogram to show distribution
3. Independent - sample t test
4. Boxplots (semua nganga sebab dia tak pernah ajar!)
5. Regression Equation Model (yang paling menarik untuk diexplore!)

SPSS Atuk!

. Friday, September 4, 2009
0 comments


4/9/2009
SPSS:
Bersihkan data (data jawapan 0 menjadi bersih)
Transform --- recode---same variable--- V6.-old an d new values-old value: rujuk coding berapa value label yang dikehendaki---new  value---system missing-add-continue-ok.-Data view (jawapan 0 akan menjadi tiada jawapan.
Recode (Gabungkan Data/Gred D dan E)
Transform---recode---same variable-V26-old and new value-old value: 1 (rujuk coding sama ada nak tukar kepada D atau E) maka gred E akan menjadi D.
Compute (Total mark untuk subjek /Bahagian)
Transform---Compute-target variable: skorbi- Type&Label---Label: markah keseluruhan ujian bi---Numeric Expression: masukkan  V56+v57+v58+v59 (sehingga soalan terakhir bi)--- click ok. Seterusnya untuk Math n Sains.
Crosstabs (untuk melihat signifikan)
Analyse---descriptive Statistics---crosstabs---gred peperiksaan dengan baca buku cerita (gred mempengaruhi baca buku cerita: maka gred masukkan di column dan buku cerita masukkan di row [terbalik]---cells---column---continue-statistic---chi square---gamma---sommers’d---continue-ok.
Merujuk kepada output:
Membaca signifikan: Chi square :value/sommers: approx mesti kurang dari 0.005: jika lebih maka dapatan tidak signifikan

Memulakan Thesis

.
0 comments

Aku semakin hampir dengan thesis aku walaupun aku masih lagi termanggu-manggu memikirkan dari sudut mana untuk dimaulakan. Keseluruhan paparan thesis aku telah berubah....dari kepimpinan kepada pengurusan sekolah berkaitan obesity. Tajuk yang memang menarik cuma aku terasa berjalan seorang diri!
Keuntungan memang berpihak kepada aku apabila Penyelia aku memang membantu aku. Memang aku lega dapat penyelia yang sama-sama memahami istilah "kita" bukan "kami" atau "aku"...Pengistilahan itubenar-benar membuat aku terasa sebahagian dari kelompoknya walaupun aku tidak mengenali anak buahnya yang lain-lain...Apa yang pasti ialah bahan-bahan bacaan memang dikongsi bersama...
Aku sangat berharap sesiapa yang ada bahan atau maklumat tentang program yang dijalankan disekolah di Malaysia, dapatlah berkongsi sesama kita...
Dalam masa yang sama aku juga sedang belajar bercinta dengan SPSS. Software yang penting dalam kaedah penyelidikan kuantitatif tetapi aku ni memang jenis tak suka dikawal dengan perasaan tidak tahu! Maka perlahan-lahan aku menyingkap segala rahsia yang ada. Walaupun berdikit-dikit tapi aku semakin memahami...setakat berkenalan dan mengetahui memang tidak mencukupi!
Satu langkah demi satu langkah...

1st Regional Conference

. Thursday, July 23, 2009
0 comments

Important Dates












Klik di sini



Abstract Submission Closed - 31 August 2009



Full Paper Submission Deadline - 1 October 2009



Registration Fees Deadline - 1 October 2009



Conference Date - 10-12 November 2009

Keynote speaker: Prof Alister Jones

.
0 comments

Bagaimana membina perhubungan dari pengetu hingga ke bilik darjah?

Bagaimana polisi membawa perubahan kepada kepemimpinan dari bilik pengetua ke bilik darjah?

- pengetua perlu melihat kepimpinan dari sudut polisi dan bagaimana pengetua mampu menyokong polisi dan dalam masa yang sama mampu membawa perubahan dalam sistem pendidikan,

-pengetua melihat perbezaan dan persamaan dalam kepemimpinan di antara sekolah luar bandar dan dalam bandar.

-pengetua juga membentuk satu perhubungan antara distributed leadership antara guru dan pelajar.

-pengetua perlu mengetahui apa yang menjadikan seorang guru bekesan dan bagaimana mengenalpasti guru-guru berkesan di sekolah.

-sacrosanct: berharga

Amalan Terbaik PrOD di SMK Bentong

. Wednesday, July 22, 2009
0 comments

Skop: Melihat pengurusan sekolah melalui pendedahan perniagaan.

PrOD: Pendekatan Blue Ocean

Pendekatan Ketenteraan: Do or Die...No thing Personal , Purely Profesional.

Fokus PrOD: Level 5 Leadership

Kesungguhan dan merendah diri: Tiada dalam jiwa seorang pengetua.

Bermesyuarat sangat penting.

Perlaksanaa:
-Pengetua & GPK (Lead Up, Across & Down)
-JK Pengurusan
-Kurikulum (acid test)
-Hal Ehwal Murid & Asrama
-Guru

Impak PrOD:

-Muhasabah
-surat peribadi
-PW & PH
-penyeliaan tetap
-budaya membaca dipertingkatkan
-Modul Belajar Kumpulan
-Pendekatan Usrah
-Perfect Prefects

Guru Besar dan Ciri-Ciri Keusahawanan

.
0 comments

Prof Madya Dr Hamidah Yusof (UPSI)

Skop: Menggunakan ciri-ciri keusahawanan untuk meningkatkan daya inovasi dalam kepemimpinan di sekolah.

Usahawan: mengadunkan kreativiti, inovasi, mengambil risiko, kesungguhan untuk bekerja bagi membentuk dan membangunkan perniagaan, memaksimumkan potensi diri san manfaat peluang yang diperoleh (Nor Aishah Buang)

Kesimpulan: guru besar perlu pandai berniaga untuk mendapat keuntungan dari segi sosial. Keusahawanan adalah mind set. Mereka perlu boleh berdikari, bersedia mengambil risiko an menjangka apa yang diluar jangka.

Keusahawanan sosial: Maria Montessori, Florence Nightingale

Dapatan Kajian:

Ramai guru besar yang tidak mempunyai daya insiatif dan tiada penekanan terhadap "Internal Reinforcement".

Cadangan:

Guru besar perlu mengambil Ujian Personaliti.

Senioriti bukan syarat utama utk menjadi Guru Besar tetapi bagaimana seorang bakal guru besar mampu menyediakan proposal yang mampu membangunkan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan.

Kepimpinan Cemerlang. Segalanya Bermula di Sini

.
0 comments

En Zainal Abidin bin Arshad (Guru Besar Cemerlang: Sek. Keb. Methodist, Parit Buntar)

Perjalanan bagaimana seorang guru biasa menjadi pemimpin cemerlang di sekolah.

Asas dalam kepemimpinan bermula dengan keikhlasan menerima tanggungjawab yang diamanahkan.

Malah sebagai pemimpin, nilai etika perlu diberi fokus utama kerana nilai ini menjadi panduan bagaimana tugas kita perlu dijalankan.

Semuanya bermula dari HATI!

Kajian Eksplorasi Distributed Leadership di MalaysiPreva

.
0 comments

Puan Hajah Rosnarizah bt Abdul Halim, IAB

Prevalence: " penyebaran, penggunaan"


Dapatan menunjukkan penyebaran kepimpinan perlu dilakukan secara keseluruhan kerana wujud perubahan kepimpinan dari single leader kepada multiple leaders.

Pencarian kepada kepemimpinan berdasarkan karismatik adalah terlalu sedikit (Fullen) dengan memberi fokus kepada multiple leadership.

Kesimpulan: Pemimpin tidak lagi bersifat individual tetapi berkumpulan.

Disributif Leadership di sekolah

.
0 comments

En. Baharuddin bin Burhan: Lawati Blog MOZAC

Isu Tanggapan:

1. siapa yang mentadbir urus sekolah pada masa datang jika ramai guru yang:

- memohon guru cemerlang
-telah berada di zon selesa


Kepimpinan Teragih boleh:

- semua orang adalah pemimpin
- pemimpin tidak perlu datang dari atas mengikut hierarki.
- sekolah ialah rangkaian sistem bertingkat yang berhubungkait antara semua.

Kepimpinan Teragih bukan sesuatu yang baru dalam budaya timur kerana konsep keikhlasan dan muafakat telah diamalkan.

Persoalan: Bagaimana pengetua memainkan peranan untuk mengenalpasti guru-guru yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin?

Kriteria Pemilihan Pemimpin Sekolah ...Antara Realiti dan Retorik

.
0 comments

Dr. Jamil bin Ahmad (UKM): jamil1391@yahoo.co.uk

Pengetua kini berdepan dengan guru-guru yang berpelajaran tinggi. Kepemimpinan di sekolah telah berubah.

Pemilihan pengetua tidak boleh disandar hanya bergantung kepada kekananan atau kecemerlangan mengajar semata-mata, skt atau pemilihan pihak atasan.

Amalan kenaikan kenaikan pangkat masa kini tidak lagi relevan.

Melalui PIPP: pemilihan dibuat berdasarkan kualiti profesional dan peribadi. Calon boleh dikenal pasti melalui permohonan dimantapkan dengan kualiti asas kepemimpinan.

Persoalan: Pengetua biasanya datang dari guru-guru yang berada dalam bidang mereka namun Kebiasaannya mereka yang menjadi pengetua biasanya bukanlah guru-guru cemerlang sebagai pelaksana dasar sebaliknya merupakan mereka yang menjadi pemimpin di kalangan guru-guru.

Bagaimana kita dapat mengenalpasti mereka di peringkat awal untuk menyediakan mereka sebagai pemimpin di sekolah dan apakah benchmark yang membezakan pelaksana dasar dengan pendokong dasar?

Analisa Data dan Pentafsiran

. Friday, July 3, 2009
0 comments

Kelas Pertama dengan Prof Hariri..

Semua orang blur je sebab dua bulan makan tidur!! akhirnya dia pun refresh untuk mahasitua apa yang bakal dipelajari dalam kelas ini.

Perkara yang perlu diambil tahu:

1. Mengenal instrumen
2. Dapat mengenal jenis-jenis ujian yang dilakukan ke atas instrumen (item)
3. Tahu membina item.
4. Dapat menjawab hipotesis dan menulis bab 4 dalam thesis.

Very important:

1. Item dibina oleh pengkaji atau diambil dari bank item.
2. Bahagian yang paling susah dalam thesis ialah membina item.

Bagaimana membina item(shortcut cara Prof Hariri) :

1. Cari questionaire (item)...kemudian backward (adjustment problem in Canada).
2. Buat replication dari item, kemudian tentukan tempat kajian dan hipotesis.

Pengukuran Data:

1. Sela (terhad: suhu: berapa suhu bilik ini 26*-28*)
2. Ratio (nombor: sharp)
3. Ordinal (Order: Likert is Order: Setuju/Tidak Setuju)
4. Nominal (apakah warna mata anda: coklat/ Apakah jantina anda:: Perkara yang telah tetap jantina, kaum)

Tools to start academic writing

. Tuesday, June 23, 2009
0 comments

Workspace

Phrasebank

Conferences

Plagarism

Scholarship in Ontago

Scholarship in Canada

Endnote

PPP 6013- Tn Hj Nazirmuddin : Last Class

. Friday, March 27, 2009
0 comments

What to read for Final.

~RI
~Modul
~Perbentangan
~Apa yang dibincang dalam kelas

Kualiti Pengajaran Guru Besar dari Perspektif Etika Perguruan: Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI, 11 Ogos 2004

~ Pengurusan masa dengan tekanan kerja kecuali dengan komitmen tinggi)

Tahap Penguasaan Komputer di Kalangan Pelajar-pelajar Pensiswazahan Guru Besar di UPSI

~ min yang sederhana

Persepsi Keselamatan Persekitaran Fizikal Sekolah: Satu Tinjauan Awal di Sekolah-Sekolah Rendah Mukim Serdang, Kedah

~ Kesedaran keselamatan sangat rendah
~ merupakan aspek yang diabaikan
~ KPM tidak dapat melaksanakan NIOSH (Keselamatan dan Kesihatan)

Hubungan Antara Faktor Masyarakat dan Pencapaian Akademik Pelajar

~ SES keluarga
~ Rakan sebaya
~ Keluarga
~ Masjid

Dapatan Kajian:
Faktor masyarakat memberi kesan kepada pelajar
~ pelajar yang tinggal dengan keluarga yang elit yang mementingkan pelajaran maka pelajar akan turut tertarik untuk meningkatkan kualiti pendidikannya.
~ pelajar yang lepak biasanya anak yang terbiar : balik untuk tidur (tiada kemudahan untuk belajar)

Gaya Transformasi Pengetua dan Hubungannya dengan Motivasi guru

Nvivo

. Sunday, March 15, 2009
0 comments

Software ini digunakan untuk kajian kualitatif seperti kajian kes, interview.

Mudah dan menarik!

Advanced SPSS

.
0 comments

Structural Equation Modeling

kelebihan: boleh buat model dalam bentuk mind map.

Successful School Leadership

. Friday, March 13, 2009
0 comments

Instructional Leadership

Spillane et al. (2004) menunjukkan fungsi-fungsi berikut sebagai sangat penting (essential):

~ instructional leadership
~ membentuk visi sekolah
~ membina kepercayaan sebagai norma
~ kolaboratif
~ standard profesional yang tinggi
~ menyokong pembangunan guru
~ memantau penilaian dan arahan

Court (2002) mencadangkan faktor yang signifikan:

~ kepemimpinan yang dikongsi
~ komunikasi terbuka: integriti

Jorunn Moller:

~ menekankan proses perundingan yang dinamik

Smulyan (2000): Tidakan untuk menyeimbangkan:

~ pemimpin sekolah harus seimbangkan tekanan diantara kedudukan dalam pentadbiran dengan mewujudkan keseimbangan antara tekanan dan dillema.

Tension dan dillema: Dillema ialah di mana tiada jawapan yang tepat dan memerlukan budi bicara. dalam konteks pendidikan ini adalah sesuatu yang merungsingkan

Tension adalah respons kepada tekanan kerja dan dillema.

Konflik dan kerjasama- Engestro (2001)

Kuasa dan kepercayaan: Kuasa perlu dilihat dua hala antara pemimpin dan pengikut

Kepimpinan dan kuasa dibawa ke meja perundingan.

Kepercayaan menggerakkan kerjasama.

Sergiovanni (1995, p. 83) Pengetua: sekadar kehadiran pengetua tidak memberi kesan kepada kepemimpinan.

Owen (2004 p. 259) pengikut menjadi tidak bergantung pada kehadiran pengetua sebaliknya mampu bertindak sendiri.

Kepemimpinan berkesan: pengetua boleh "transform" P&P.
Kepemimpinan berkesan: semangat kepemimpinan yang dihayati dapat menggerakkan pengetua untuk menjalankan tugasnya dengan baik.

Kepemimpinan pendidikan:
~ komitmen, visi yang sama, penyerahan kuasa, kepercayaan, nilai.

Kepemimpinan didapati sangat penting dalam budaya pembelajaran:
~ kepuasan guru
~ positif
~ pembudayaan

Kesimpulan:

pemimpin berjaya tidak boleh dipisahkan dari falsafah dan persoalan politik.

PPP 6013- Tn Hj Nazirmuddin : Changing Role of Principalship

. Friday, March 6, 2009
0 comments

~ 1857 kepengetuaan bebentuk arahan dan instruksional. sehingga 1950an (Drue)

~ 1950an pengetua menjadi pengurus seolah menjalankan satu perniagaan,
(kini kita bercakap tentang HRM)

~ hujung abad ke 20, berlaku perubahan signifikan dalam pendidikan.
( silibus berkembang, oku mdapat pendidikan)
menjadikan tugas mentabdir menjadi pelbagai dan mencabar.

~ pengurusan masa perlu dijaga kerana bebanan kerja semakin bertambah sehingga menjejaskan prestasi.

~ pengetua harus membuat perubahan dalam konteks pedagogi, komunikasi, ibu bapa, komuniti dan agensi kerajaan.

Kesimpulan:: Dari pengetua mengetuai guru dan sebagai pengurus kembali kepada pemimpin instruksional. Pengkaji barat berpendapat kegagalan sekolah berkesan kerana ketiadaan kepemimpinan instruksional di sekolah dari kajian 20 tahun lepas. Dalam pengajaran, content, pedagogi dan komunikasi perlu hebat!

omnicient overseer:; Pemerhati serbatahu
sifter and sorter of knowledge :; pengasing dan pemilih maklumat
pace setter and routinizer:; penetap rentak dan rutin
referee:; pengadil
linker and broker:; penghubung dan pemutus
translator and transformer:; penterjemah dan pengubah
paper pusher:; penggalak kertas kerja
accountant and clerk:: akauntan dan kerani
educational leader:: pemimpin pendidikan
scapegoat: kambing hitam

Role ambuiguity (kekaburan tugas)

kekaburan tugas seorang pengetua dihadapi setiap hari. ini juga disebabkan oleh kegagalan komunikasi (communication breakdown). Tiada pendedah cukup dari pihak atasan.

~ kekaburan matlamat
~ kekaburan harapan
~ kekaburan proses menjalankan tugas
~ kekaburan kepentingan (priority)
~ kekaburan tingkah laku (dalam sosialisasi)

:: kekaburan seringkali menimbulkan rasa ambil berat atau stress.

Konflik Peranan

~Menjejaskan stability
~Tidak dapat selesaikan masalah
~apabila dikaitkan dengan kekaburan maka stress akan wujud sekaligus menjejaskan prestasi tugas di sekolah!

Mentoring

~ tiada transisi dalam perubahan tugas bagi pengetua baru.
~ kajian2 yang dijalankan kebanyakan pengetua ::pandai-pandailah urus sekolah!
~ sejak akhir baru diwujudkan kursus kepemimpinan kepengetuaan.

Di Malaysia:

berdasarkan pengalaman anda di sekolah bincangkan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi stabiliti kerjaya seorang pengetua?

Lihat dari aspek gangguan, komunikasi, kemahiran



SPSS~ Prof Hariri 26/2/2009

. Friday, February 27, 2009
0 comments

Belajar hipotesis:

1) Chi Square: Melihat DEPENDENT/INDEPENDANT

` melihat kepada independent/dependent (melihat kepada kebergantungan/ bebas (tidak bergantung)
` Data nominal: Jantina/ kelulusan/
` Data ratio: pendapatan

untuk melihat kebergantungan antara Variable A dan B, maka kedua-dua variable mesti NOMINAL.

contoh:

A:Jantina (L/P)

B: kategori sekolah (bandar/luar bandar)

Hipotesis:

H0: there is no dependent between jantina (gender) and kategori sekolah (school category) -menentang teori

Ha: terdapat kebergantungan yang signifikan antara jantina dan kategori sekolah. (menyokong teori)

SPSS:

Analyze-> Nonparametric-> chi square


nilai chi square x2: 83.651 (rujuk Pearson Chi-Square)
p: 0.000
Aras keyakinan: 95% (Alpha value: 0.05%)
p



2) Compare Mean
~ T-Test
~ F- Test

3) Correlation
~ r- Test (melihat hubungan)

PPP 6013- Tn Hj Nazirmuddin : 5 leadership Commitment

.
0 comments

5 komitmen kepimpinan (dalam bidang kesihatan)

1. Mencabar proses
* mencari peluang mencabar untuk berubah, membangun, berinovasi dan memperbaiki
* membuat eksperimen, mengambil risiko dan belajar dari kesilapan yang berlaku

Perubahan
~ perubahan perlu supaya tidak pupus.
~ Obama: masyarakat yang bertamadun tidak berperang untuk menyelesaikan isu.
~ satu cara hidup baru: mencari ilmu.
~ perubahan di sekolah untuk memenuhi tuntutan masyarakat: supaya tidak bergerak dalam kepompong dalam ketradionalannya!
~ komitmen perlu tinggi dan kepimpinan selalu berlaku penambahbaikan.

Pembangunan
~ pembangunan dari segi JERI:
~ penumpuan pembangunan perlu seimbang
~ human capital: kegagalan kita untuk melahirkan human capital


Inovasi
~ aspek pentadbiran
~ aspek kepimpinan
~ aspek pedagogi

Penambahbaikan
~ peningkatan sekolah berkesan
~ teori telah berkembang dari keberkesan: kini berlaku peningkatan
~ jangan stagnant (mati)

Eksperimen
~ perlu membuat eksperiman untuk menemui kaedah baru/pedagogi baru dalam p&p

Mengambil risiko
~ untuk menjadi pemimpin berjaya perlu mengambil risiko
~ aspek keusahawanan: dare to take risk
~ aspek kerja kerajaan: dare not take risk

Belajar Dari Kesilapan/Pengalaman lalu
~ perubahan berkesan dari kesilapan lalu sebagai panduan

2. Mampu menggalakan tindakan
* menanam kerjasama dengan mengalakkan kerjasama dan membina kepercayaan
* menguatkan sekeliling dengan memberikan kuasa (pengagihan kuasa/Empowerment), memberi pilihan, membina kebolehan/ keupayaan untuk bersaing, memberi tugas yang kritika/ kepakaran yang tinggi dan memberi sokongan secara jelas/nampak

~ teori kepimpinan adalah untuk mempengaruhi subordinat tetapi sebagai pemimpin perlu ada KAEDAH untuk menunjuk arah.

3. Menunjuk Cara

* menunjukkan contoh untuk menerapkan nilai2 baik dan bersama adalah melalui contoh.
* dalam konteks sekolah: tempat memanusiakan manusia. Guru mampu mempengaruhi dengan menanam nilai budi yang sangat tinggi untuk menerap norma kehidupan yang baik
* pencapaian kecil tetapi konsisten akan membentuk komitmen untuk melahirkan budaya yang positif.

4. Mengalakkan hati (ENCOURAGING THE HEART)
* menghargai sumbangan individu dalam kejayaan projek
~ perlu bijak menghargai orang bawahan
* sentiasa meraikan kejayan pasukan


Kepimpinan dan kerjasama dalam Penjagaan Kesihatan

1. Pemimpin
* Ciri-ciri pemimpin hebat
* Apakah ciri pemimpin hebat?
~ Kouzes and Posner's "The Leadership Challenge"

* kenapa kepimpinan hebat penting dalam perubatan:
~ mereka bertarung antara memimpin dgn menyelamat nyawa.
* Terdapat bukti bahawa kerjasama sangat penting dalam perubatan

Bagaiamana ciri seorang doktor dan latihan perubatan meletakkan halangan terhadap kerjasama doktor?


Extrapolated(Ekstrapolasi: menggunakan logik atau fakta untuk menyelesaikan isu)

Kepentingan kerjasama dalam Perubatan
* kerjasama antara ahli pasukan
* sistem penjagaan yang sistematik

Kegagalan dalam sistem:
* sistem yang tidak memberi kesan
* tiada koordinasi

Kerjasama pasukan meningkatkan hasil dalam ICU:

Cara:
* membentuk matlamat yang dikongsi bersama
~
* membentuk suasana yang terbuka dan selamat
* melibatkan semua dan mengalakkan pelbagai pendapat/pandangan
* belajar persetujuan rundingan
~ memberi penyelesaian alternatif
* meminta keadilan dan kesaksamaan dalam peraturan


Mengurus:

matlamat dapat dijangka, keputusan diatur
melibatkan perancangan dan membuat budget
melibatkan penyusunan dan mengatur staf
melibatkan mengawal dan menyelesai

Memimpin:

bermatlamat untuk melahirkan perubahan
melibatkan vivi dan arah
melibatkan mengatur manusia
melibatkan motivasi dan memberi inspirasi

Kesimpulan:

kepimpinan yang hebat dapat menanam/membentuk pasukan yang memberi manafaat.

Exam: Keberkesanan kepimpinan

UKP 6033- Dr Ong

. Wednesday, February 25, 2009
0 comments

Peperiksaan (Rujuk Nota Persampelan)

1) Persampelan : Keputusan/ Kesimpulan/ Interpretasi/ Implikasi

2) Persoalan Kajian dan Hipotesis

Perlu buat hipotesis: Corretional (Korelasi), Causal-Comparative (Sebab Musabab) dan Experimental.

Tidak perlu buat hipotesis: Survey

~ Apakah kesan web based learning ke atas pelajar - Experimental

Hipotesis tidak berarah/Null (H0): Tiada perbezaaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian sains di antara pelajar yg mengikuti pembelajaran sains secara web based learning berbanding dgn pencapaian sains pelajar yg mengikuti pembelajaran tradisional.

Directional Hipotesis (Hipotesis berarah[H1]): Terdapat perbezaan tinggi yang signifikan secara statistik dalam pencapaian sains di antara pelajar yg mengikuti pembelajaran sains secara web based learning berbanding dgn pencapaian sains pelajar yg mengikuti pembelajaran tradisional.

Soalan 2:

Jawapan: Survey tiada hipotesis

Hipotesis:

1. Tidak berarah /Null:

SPSS~ Prof Hariri

. Sunday, February 22, 2009
0 comments

Soal Selidik mesti mesti bersandarkan pada satu model yang menentukan berapa domain yang perlu diuji/ditanya pada responden.

Setiap bahagian/domain: ada 5-10 soalan , jangan kurang atau lebih.

cth: kepuasan guru terhadap sekolah ada 6 domain.

yang aku tak tahu: kat mana nak dapatkan model tu...

hit internet: Inventori soalan (kebanyakan soalan hanya ada dalam 5-10 sahaja)


Menggunakan SPSS untuk menguji Reliability:

Analyze -> Scale -> Reliability -> pilih -> click: item, scale, scale if item deleted, Correlations -> pastikan guna ALPHA.

Click ok. Data akan dipaparkan.

Cara membaca data.

Kepentingan Cronbach alpha:

1. mesti 0.6 ke atas:: kalau kurang dari 0.6, soalan itu tak ada reliability.

2. melihat konsistensi antara setiap item. Bermakna setiap item menerangkan domain yang sama (persekitaran sekolah yang sama)

~ ketiadaan konsistensi dilihat pada data yang negatif. Bermakna tiada korelasi antara item tersebut dengan item lain dalam domain/bahagian yang sama.

~ Soalan perlu dibuat dalam bentuk positif sebab kalau soalan yang bercampur antara negatif dan negatif maka tiada konsistensi.

Transform -> Recode into Different Variables. kalau recode into same Variables ~ data akan musnah.

Menyusun data Skala Likert untuk pisahkan dari data ordinal:

Analyze -> descriptive statstistic -> frequencies -> pilih data dari skala likert (dalam kotak ) -> hantar ke variable -> ok.

Akan keluar Frequency table.

:: kegunaan Frequency table untuk melihat data sebenar yang telah dibersihkan dan disusun kemas. Ini akan dimasukkan dalam thesis.

Factor Analysis:

Bila dah dapat semua Cronbach Alpha:

Analyse -> Dimension Reduction -> factor analysis-> pindah data

Factor Analysis click initial solution/KMO-> continue

Setiap kotak dalam factor analysis perlu diklik sehingga tamat. Selesai -> ok. Data akan dianalysis.

Chi Square:

untuk melihat kebergantungan dua variable.
kedua-dua variable mestilah nominal

(diambil dari soalan dalam bahagian A antara soalan 1 dan 13 : jantina dengan kategori sekolah).

Hipotesis:

Tidak terdapat kebergantungan yang signifikan antara jantina dan kategori sekolah

Cara: Analyse-> Descriptive Statistic -> Crosstab -> masukkan data yang ingin dilihat kebergantungan -> buat kota sebelah kanan ->click ok.

Lihat pada table Chi square. Jika asymp Sig (2 sided) adalah .000 maka hipotesis ditolak kerana wujud kebergantungan yang signifikan antara dua variable itu.









Kepimpinan Pendidikan

. Friday, February 20, 2009
0 comments

20/2/2009

Spot Question untuk kelas Kepimpinan Pendidikan:

~ Gender: Wanita dalam Kepimpinan (Rujuk pada nota 20/2/2009 dan journal dari ms 95.

Ada take home test untuk gantikan kuiz.

Final Exam:

1. Aplikasi tentang teori kepimpinan
2. Sintesis dan Penilaian

Lubuk Prof Omar

. Wednesday, February 18, 2009
0 comments

Rujuk sini

Kelas SPSS

. Sunday, February 15, 2009
0 comments

Tarikh: 15 Februari 2009
Masa: 9 am - 1 pm
Tempat : Makmal Komp 2, IPS, UPSI

Kandungan:

1. Pengenalan kepada Asas SPSS
2. Statistik: Penggunaan SPSS

Dalam: Software SPSS

~ Transform (penting)
untuk gabung pelbagai variable kepada satu variable.

~ recode
untuk tukar setuju kepada tidak setuju (gunakan variable baru)
contoh: umur (data discrete)
test hypothesis: org yang dibawah 30 dgn org atas 30, adakah mereka mempunyai perseptif terhadap pengurusan kelas?

Recode:
1. Kalau guna variable yang sama (Age): semua ditukar kepada category 0ne/ category two (semua variable akan hilang dan diganti baru menyebabkankita terpaksa menggunakan variable dummy.
2. Gunakan variable baru: (Age_1)

Peringkat Pertama dalam Analisis: Analyze (Frekuensi: semak kesilapan masuk data)

reliability analysis:

~Data view-Analyze-Scale-Reliability Analysis

Masukkan Data:

~ guna kod: Cth: Kelantan D/01/01 (D: Kelantan, 01: Sekolah, 01: Guru1)

Pengukuran dilakukan berdasarkan pada 3 perkara:

1. Objektif Kajian
2. Variable
3. Perkara yang hendak dikaji

Apa yang aku faham:

Step dalam penyelidikan:

1~ Dapatkan sample
2~ Proses Data
3~ Explore Keputusan
4~ Gunakan Model untuk membuat perbandingan/rujukan
5~ Bentuk Population

Jenis Varible (hanya wujud dalam bentuk angka):

Ada dua jenis:

A: Categorical

1~ Nominal :: diklasifikasikan dalam kelompok (luar bandar/dalam bandar/metropolitan)
2~ Ordinal :: boleh buat rank ; skala likert (sangat setuju - tidak setuju)

B: Kuantitative

1~ Discrete :: Integer (0,1,2,3)
2~ Continuous :: lebih detail (bulan kpd tahun ~ 1thn 4 bln/ tinggi ~ 1.71 cm, 6 kaki 2 inci)
:: ada decimal (perpuluhan)

Sempat juga aku bersembang dengan En. Ramlee...rasanya dia pun tahu kehadiran dia sangat dihargai tahun depan ( ayat dia:: "heheheh...sem depan atau sem tiga awak mesti cari saya!')

Minggu depan (22/2) ada lagi satu kelas dengan Prof Hariri pulak. Sebelum tu hari Khamis, kelas SPSS pun ada. Walaupun aku kurang minat dengan nombor tapi dah sampai masanya aku explore benda-benda gini. Sepanjang aku belajar, kali ni baru aku betul-betul bagi perhatian pada penyelidikan. Mesti ada sesuatu yang akan berlaku. Kita tunggu dan lihat!

Apa aku nak?

1. Ciri Sampling
2. Apa itu ANCOVA?

Apa itu Korelasi

. Friday, February 6, 2009
0 comments

Sila rujuk di sini!

Contoh Teknik Analisa Data: Kajian Korelasi

.
0 comments

contohteknikanalisisidata

Pengolahan dan Analisis DataPengolahan dan Analisis Data

Bagaimana membuat Survey

.
0 comments

Read here and this website is a good reference of how to do a survey. Sesuatu yang disebut oleh Dr Ong tentang survey Trends.

Still blur pasal alkisah Survey Research. Kena duduk baca diam-diam untuk faham.

Gaya Kepimpinan Pengetua

. Monday, February 2, 2009
0 comments

Gaya Kepimpinan Pengetua

A good Follower is a Good leader

. Thursday, January 22, 2009
0 comments

Aku suka kata-kata ini. Ia datang dari Pengetua lama aku, Encik Harith. Journal yang aku baca untuk assignment Nazir bercakap tentang "kepengikutan" yang membawa kepada "kemempimpinan" yang berkesan.

Masih lagi membaca dan translate journal. Ramai yang menunggu tapi sabar je lah....

Tugasan

. Monday, January 19, 2009
0 comments

eeeee...banyaknya tugasan yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. That is exclusive of the school's workload...SKT pun kena maintain beb!
Okay penyusunan aku ialah...
Pertama: Selesaikan tugasan Prof Omar dan Dr Ong. (Perlukan kerjasama dari rakan sekumpulan, masing-masing pun ada komitmen tersendiri!)
Analisa aku: Bahagian aku, hampir selesai. Tinggal part untuk rakan kumpulan. Langkah seterusnya ialah untuk menyusun bahan dan merangka penyampaian agar cun! Bahan2 pula perlu difotostat untuk kegunaan kelas.
Tugasan Prog Omar:
Rangka kerja
Kumpulan
1. Siapkan powerpoint presentation bagi tajuk Latihan dan Pembangunan (harap Jumaat ni boleh siapkan~ pening aku bila kerja sangkut lama-lama. Macam tak ada kerja lain nak hadap..heheheh)
2. PPT perlu difotostat untuk edaran
Persendirian
1. Analisa Journal perlu dilakukan. Setakat ini Journal untuk Tajuk satu hingga tiga telah berjaya dikumpul. Banyak lagi woi. Ada 12 tajuk. Berasap. Itu belum buat critical analysis untuk setiap journal. Aku masih lagi berbelah bagi nak buat dalam BM atau BI. Kalau buat dalam BM, boleh gak share dengan kawan-kawan. Kalau buat dalam BI, boleh impressed prof. tapi nasib le kawan-kawan aku. Hmmm....nak penting diri atau nak menghargai? Sebab nanti aku mesti nak pakai bahan mereka gak...Macamana nak dapat dua-dua..Oooii...tamaknya aku nih!
2. Kompilasi journal..Alamak file pun ntah dimana-mana. Aritu adalah yang offer nak kasih file, tapi bayang pun tak nampak lagi...Banyak komitmen le tu! Tak apa. Aku cari dulu journal, cari sampai habis 12 tajuk. Senang. Lepas tu buat satu-satu. Sebab critical analysisnya banyak bahagian:
~ Bahagian pembentangan
~ Bahagian komen Prof
~ Bahagian pemahaman sendiri
~ Bahagian pilihan journal berkaitan tajuk yang ingin dianalisa
Setiap tajuk kena ada semua ni. Mana tak berasap!
Tugasan Dr Ong:(Asas Kajian)
1. Hari Rabu ni ada kuis tentang jenis-jenis penyelidikan. Aku pun belum study lagi sebab aritu dia ajar dalam BI, kuiznya dalam BM. Mampus aku! So lepas ni kena cari online note.
2. Hari Rabu ni pun ada hypotheses analysis. Kena buat hipotesis nol, berarah dan tidak berarah. Semuanya aku dah lupa. Last sekali belajar dalam BM ialah 8 tahun lepas. Masa kat US belajar dalam BI tapi caranya lain. Rasanya, pendekatan di US macam lebih senang. Mungkin sebab kepala dah set dalam satu bahasa. Bila campur-campur ni, aku rasa macam rojak dan tak pro. Kena cari nota lagi.
3. Dalam masa yang sama, pembentangan Kumpulan pun belum siap lagi. Aku cukup tension betul dah ni...sebab kerja asyik terbengkalai je. Apa masalahanya aku pun tak tahu. Agaknya aku pair dengan orang yang jenis suka kerja sendiri kemudian baru gabungkan. Ada pro and cons nya juga. Pronya sebab aku tak diganggu. Consnya ialah kerja jadi meleret-leret. Eeeee...rimasnya. Kepala aku pula, kalau dah siap, bentang cepat-cepat sebab di mata pensyarah menandakan kita jenis kerja cepat dan tidak bertangguh dan kita setkan benchmark untuk orang lain. Konsep aku belajar ialah bila bergerak cepat, maka lebih banyak yang dipelajari berbanding menunggu arahan dari pensyarah. UPM dan Drexel memang mengajar aku perkara ini kerana walaupun giliran telah ditetapkan tetapi kalau dah siap, ruang untuk ke depan dulu sentiasa ada . Aku suka macam ni! Kerja jadi tersusun dan nampak apa yang berlaku dan tidak
Tugasan Nazir.
1. Walamak...dia ni memang suka tension kan aku. Macam seseorang yang pernah rapat dengan aku. Bercakap pot-pet tak berhenti dan hanya pendapat dia je bagus....heheheh! Tapi aku nak tengok macamana pula pendekatanya pada hari Jumaat ni sebab ada journal yang perlu dibaca. Nampak gaya aku jadi translator le. Tak kisah sebab dapat polish BM aku yang sentiasa karat.
2. Tugasan kumpulan dengan Mona dan Zul, hmmm....susah mau cakap sebab belum ada apa-apa lagi. Aku pun belum sentuh benda ni sebab tengah concerntrate dengan Prof Omar punya journal. Tapi bestnya Mona ialah dia ni cool. Aku kalau orang macam ni, sengih jerrr...Cuma nak buat review tentang tajuk ni sampai 50-60 ms...apa ke jadahnya! Hahahahah....
3. Alamak...Nazir ni kasi tajuk proposal. Kepala aku sekarang ni fikir nak guna tajuk tu je untuk thesis aku. Senang. Sekali tembak, semua (macam banyak) mati. Ye lah...kena work smart. Kalau cuti 2 tahun tak apa la..ni dengan projek kat sekolah pun kena buat juga.
4. Si Nazir ni banyak kerja juga. Aku pun belum ada masa nak duduk dan betul2 tengok kerja dia. Harap lepas raya cina, aku pun dah pindah ke rumah, legalah sikit. Yang penting aku kena set up office aku dulu.

Kepimpinan Pendidikan

. Saturday, January 3, 2009
0 comments

Jumaat : 02/01/09 (8.00 - 10.00 mlm)

Kepimpinan Pendidikan:~ Nazirmudin (TB4-18 - KDP )

Penilaian:1. Tugasan Kumpulan 1 - 30%

Hasil Kuliah:* Kumpulan 8 (5 org):
1. Zul
2. Azlan
3. Mona
4. Rozita
5. Sharifah

Tajuk 6: Gaya Kepimpinan:

* Autocratic - ketua arah, pekerja ikut = pekerja x puas hati ~ Adolph Hitler or Saddam Hussein

* Democratic - ketua + pekerja (buat keputusan) - ketua masih ada kuasa tentukan

* Delegative - ketua + pekerja = buat keputusan capai visi>> ketua perlu bijak kawal emosi dan komunikasi dlm mempengaruhi pekerja.

*Laissez-faire - polisi yang membenarkan keadaan sekeliling berlaku tanpa apa-apa kawalan. (Allow to do)

Tugasan Individu 1 - 20%
Kuiz - 10%
Perbincangan Jurnal - 10%
XM - 30 %

>> utk hal 2,3,4 n 5 -->Minggu ke3, akan dibincang selanjutnya dlm kuliah


::merujuk pada nota AzlanLin (tq)

Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan

. Friday, January 2, 2009
0 comments





Tarikh: 2 Januari 2008

Tugasan Kumpulan: 10%

Tajuk: Latihan dan Pembangunan
Skop: a. Induction dan Sosialisasi
b. Latihan dan Pembangunan

Bacaan: Jyoti, P.& Venkatesh, D.N. Chapter 9 & 10

Cara pembentangan: Slide Presentation
Tarikh Pembentangan: 6 Febuari 2008 2pm


Tugas Individu: 25%

Tajuk: Latihan dan Pembangunan
Skop: Berdasarkan pembacaan dari pembentangan kumpulan

Cara pembentangan: Kertas Kerja 15 mukasurat
Tarikh Tutup: Minggu 13

Folio: 30%

Format: Ring File Putih/ 12 divider

1. Masukkan slide presentation dari setiap kumpulan
2. Cari satu artikel berkaitan dengan setiap tajuk yang dibentangkan
3. Buat critical reflection (2 mukasurat)berkaitan
* Tajuk
* Kefahaman
* Lihat perspektif berbeza dari hasil pembacaan sendiri
* Input dari artikel
* Komen dari sessi perbincangan/pembentangan
* Catatan nota Prof.

Fokus kepada: SO WHAT & What do you think?

Tarikh tutup: Minggu ke 14


email: omarak@upsi.edu.my Prof Omar