Hari ini adalah kelas terakhir untuk semester ini. Hanya tinggal untuk submit assigments yang menggantikan exam. Hari ini juga aku menemui di celah-celah yang ramai, seorang pelajar sekelas dengan aku untuk kelas Prof hariri dan Prof Omar. Sememangnya kepala dia dengan kepala aku sama. Tak pernah lokek berkongsi dengan harapan dapat berkongsi sama-sama. Namun begitu dalam lebih sejam kami bercerita, aku menyelusuri perjalanan kisah dia belajar di sini sepanjang pengajian untuk segulung ijazah yang aku rasa telah mengajar dia erti gunting dalam lipatan, antara sahabat dan musuh dalam selimut. Dan akhirnya bagaimana semua yang dirancang ada politik tersendiri.
Dia seorang pelajar Anugerah Di raja untuk Pengajian ijazahnya di UPSI dan kini sedang meneruskan pengajian di bidang Master dengan tanggunggan penuh dari UPSI tetapi dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai penolong kanan di sebuah sekolah rendah.
Pengajaran yang aku timba dalam semester ini memang mengajar aku menjadi seorang yang tidak lagi kisah dengan apa orang fikir kerana di akhir kisah itu, semuanya pasti kita yang menanggungnya seorang diri. Tidak akan sesiapapun yang akan datang membantu sebaliknya lebih cepat menunding jari dan meletakkan kita dalam keadaan salah!
Maka berbaki dua semester ini, aku hanya pentingkan diri aku sendiri tanpa perlu aku mendahulukan kepentingan orang lain kerana aku juga menyelusuri beberapa pengalaman yang menyebabkan aku memaafkan apa yang berlaku tetapi pasti aku tidak melupakan... berdendamkah aku?
Belajarlah, sebab lebih baik kita mengatakan kita tahu dan benar-benar tahu tetapi kalau kita kata kita tak tahu dan benar-benar tak tahu...hmmm?! Baik persoalkan di mana diri kita berada ketika itu...
Dan ada masanya kita merendahkan diri tetapi bukan bermakna kita bodoh atau perlu dibodoh-bodohkan...hanya sekadar mengenepikan ego untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
Tetapi berapa ramai di antara kita yang sanggup pergi jauh dan mengorbankan banyak perkara untuk mengerti dan memahami keperluan dan kehendak sendiri tanpa bersikap prejudis atau judgmental terhadap sekeliling?
0 comments:
Post a Comment