A good Follower is a Good leader

. Thursday, January 22, 2009
0 comments

Aku suka kata-kata ini. Ia datang dari Pengetua lama aku, Encik Harith. Journal yang aku baca untuk assignment Nazir bercakap tentang "kepengikutan" yang membawa kepada "kemempimpinan" yang berkesan.

Masih lagi membaca dan translate journal. Ramai yang menunggu tapi sabar je lah....

Tugasan

. Monday, January 19, 2009
0 comments

eeeee...banyaknya tugasan yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. That is exclusive of the school's workload...SKT pun kena maintain beb!
Okay penyusunan aku ialah...
Pertama: Selesaikan tugasan Prof Omar dan Dr Ong. (Perlukan kerjasama dari rakan sekumpulan, masing-masing pun ada komitmen tersendiri!)
Analisa aku: Bahagian aku, hampir selesai. Tinggal part untuk rakan kumpulan. Langkah seterusnya ialah untuk menyusun bahan dan merangka penyampaian agar cun! Bahan2 pula perlu difotostat untuk kegunaan kelas.
Tugasan Prog Omar:
Rangka kerja
Kumpulan
1. Siapkan powerpoint presentation bagi tajuk Latihan dan Pembangunan (harap Jumaat ni boleh siapkan~ pening aku bila kerja sangkut lama-lama. Macam tak ada kerja lain nak hadap..heheheh)
2. PPT perlu difotostat untuk edaran
Persendirian
1. Analisa Journal perlu dilakukan. Setakat ini Journal untuk Tajuk satu hingga tiga telah berjaya dikumpul. Banyak lagi woi. Ada 12 tajuk. Berasap. Itu belum buat critical analysis untuk setiap journal. Aku masih lagi berbelah bagi nak buat dalam BM atau BI. Kalau buat dalam BM, boleh gak share dengan kawan-kawan. Kalau buat dalam BI, boleh impressed prof. tapi nasib le kawan-kawan aku. Hmmm....nak penting diri atau nak menghargai? Sebab nanti aku mesti nak pakai bahan mereka gak...Macamana nak dapat dua-dua..Oooii...tamaknya aku nih!
2. Kompilasi journal..Alamak file pun ntah dimana-mana. Aritu adalah yang offer nak kasih file, tapi bayang pun tak nampak lagi...Banyak komitmen le tu! Tak apa. Aku cari dulu journal, cari sampai habis 12 tajuk. Senang. Lepas tu buat satu-satu. Sebab critical analysisnya banyak bahagian:
~ Bahagian pembentangan
~ Bahagian komen Prof
~ Bahagian pemahaman sendiri
~ Bahagian pilihan journal berkaitan tajuk yang ingin dianalisa
Setiap tajuk kena ada semua ni. Mana tak berasap!
Tugasan Dr Ong:(Asas Kajian)
1. Hari Rabu ni ada kuis tentang jenis-jenis penyelidikan. Aku pun belum study lagi sebab aritu dia ajar dalam BI, kuiznya dalam BM. Mampus aku! So lepas ni kena cari online note.
2. Hari Rabu ni pun ada hypotheses analysis. Kena buat hipotesis nol, berarah dan tidak berarah. Semuanya aku dah lupa. Last sekali belajar dalam BM ialah 8 tahun lepas. Masa kat US belajar dalam BI tapi caranya lain. Rasanya, pendekatan di US macam lebih senang. Mungkin sebab kepala dah set dalam satu bahasa. Bila campur-campur ni, aku rasa macam rojak dan tak pro. Kena cari nota lagi.
3. Dalam masa yang sama, pembentangan Kumpulan pun belum siap lagi. Aku cukup tension betul dah ni...sebab kerja asyik terbengkalai je. Apa masalahanya aku pun tak tahu. Agaknya aku pair dengan orang yang jenis suka kerja sendiri kemudian baru gabungkan. Ada pro and cons nya juga. Pronya sebab aku tak diganggu. Consnya ialah kerja jadi meleret-leret. Eeeee...rimasnya. Kepala aku pula, kalau dah siap, bentang cepat-cepat sebab di mata pensyarah menandakan kita jenis kerja cepat dan tidak bertangguh dan kita setkan benchmark untuk orang lain. Konsep aku belajar ialah bila bergerak cepat, maka lebih banyak yang dipelajari berbanding menunggu arahan dari pensyarah. UPM dan Drexel memang mengajar aku perkara ini kerana walaupun giliran telah ditetapkan tetapi kalau dah siap, ruang untuk ke depan dulu sentiasa ada . Aku suka macam ni! Kerja jadi tersusun dan nampak apa yang berlaku dan tidak
Tugasan Nazir.
1. Walamak...dia ni memang suka tension kan aku. Macam seseorang yang pernah rapat dengan aku. Bercakap pot-pet tak berhenti dan hanya pendapat dia je bagus....heheheh! Tapi aku nak tengok macamana pula pendekatanya pada hari Jumaat ni sebab ada journal yang perlu dibaca. Nampak gaya aku jadi translator le. Tak kisah sebab dapat polish BM aku yang sentiasa karat.
2. Tugasan kumpulan dengan Mona dan Zul, hmmm....susah mau cakap sebab belum ada apa-apa lagi. Aku pun belum sentuh benda ni sebab tengah concerntrate dengan Prof Omar punya journal. Tapi bestnya Mona ialah dia ni cool. Aku kalau orang macam ni, sengih jerrr...Cuma nak buat review tentang tajuk ni sampai 50-60 ms...apa ke jadahnya! Hahahahah....
3. Alamak...Nazir ni kasi tajuk proposal. Kepala aku sekarang ni fikir nak guna tajuk tu je untuk thesis aku. Senang. Sekali tembak, semua (macam banyak) mati. Ye lah...kena work smart. Kalau cuti 2 tahun tak apa la..ni dengan projek kat sekolah pun kena buat juga.
4. Si Nazir ni banyak kerja juga. Aku pun belum ada masa nak duduk dan betul2 tengok kerja dia. Harap lepas raya cina, aku pun dah pindah ke rumah, legalah sikit. Yang penting aku kena set up office aku dulu.

Kepimpinan Pendidikan

. Saturday, January 3, 2009
0 comments

Jumaat : 02/01/09 (8.00 - 10.00 mlm)

Kepimpinan Pendidikan:~ Nazirmudin (TB4-18 - KDP )

Penilaian:1. Tugasan Kumpulan 1 - 30%

Hasil Kuliah:* Kumpulan 8 (5 org):
1. Zul
2. Azlan
3. Mona
4. Rozita
5. Sharifah

Tajuk 6: Gaya Kepimpinan:

* Autocratic - ketua arah, pekerja ikut = pekerja x puas hati ~ Adolph Hitler or Saddam Hussein

* Democratic - ketua + pekerja (buat keputusan) - ketua masih ada kuasa tentukan

* Delegative - ketua + pekerja = buat keputusan capai visi>> ketua perlu bijak kawal emosi dan komunikasi dlm mempengaruhi pekerja.

*Laissez-faire - polisi yang membenarkan keadaan sekeliling berlaku tanpa apa-apa kawalan. (Allow to do)

Tugasan Individu 1 - 20%
Kuiz - 10%
Perbincangan Jurnal - 10%
XM - 30 %

>> utk hal 2,3,4 n 5 -->Minggu ke3, akan dibincang selanjutnya dlm kuliah


::merujuk pada nota AzlanLin (tq)

Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan

. Friday, January 2, 2009
1 comments





Tarikh: 2 Januari 2008

Tugasan Kumpulan: 10%

Tajuk: Latihan dan Pembangunan
Skop: a. Induction dan Sosialisasi
b. Latihan dan Pembangunan

Bacaan: Jyoti, P.& Venkatesh, D.N. Chapter 9 & 10

Cara pembentangan: Slide Presentation
Tarikh Pembentangan: 6 Febuari 2008 2pm


Tugas Individu: 25%

Tajuk: Latihan dan Pembangunan
Skop: Berdasarkan pembacaan dari pembentangan kumpulan

Cara pembentangan: Kertas Kerja 15 mukasurat
Tarikh Tutup: Minggu 13

Folio: 30%

Format: Ring File Putih/ 12 divider

1. Masukkan slide presentation dari setiap kumpulan
2. Cari satu artikel berkaitan dengan setiap tajuk yang dibentangkan
3. Buat critical reflection (2 mukasurat)berkaitan
* Tajuk
* Kefahaman
* Lihat perspektif berbeza dari hasil pembacaan sendiri
* Input dari artikel
* Komen dari sessi perbincangan/pembentangan
* Catatan nota Prof.

Fokus kepada: SO WHAT & What do you think?

Tarikh tutup: Minggu ke 14


email: omarak@upsi.edu.my Prof Omar