Mampukah...

. Friday, October 30, 2009
0 comments

Hari ini secara rasminya aku sudah menamatkan 2 semester pengajianku di UPSI. Maka sudah sampai masanya merangkak berdikit-dikit untuk memulakan penulisan proposal aku. Menakutkan...hehehe...pecah peluh!

Hari ni juga aku melalui satu pengalaman yang menyeramkan aku sebab buat kali pertama aku nak tengok macamana student viva di UPSI...hahahaha...masa tu jugakla nak tunjuk student yang gagal dalam vivanya....hancus aku...hilang melayang semangat aku seketika!

Setakat ni aku baru dapat maklumat ada dua lagi student yang akan viva dari FPE...harap kali ni aku tidak tertinggal apa-apa maklumat..cisss...kesilapan hanya pada email address aku je...!

Paling boring bila di UPSI, tatacara aliran untuk bergraduat tidak diatur secara tersusun. Malahan banyak maklumat tertinggal dengan keadaan tidak ada kesinambungan di antara fakulti dan IPS. Akhirnya pelajar kena bergerak sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan...itu pun dengan keadaan ada beberapa persoalan yang belum ada jawapan. Maka cara yang paling mantap ialah menyusun strategi untuk grad dalam tempoh 4 semester atau kurang.

Antara strategi aku ialah:

1. mendekati siapa pensyarah yang paling mantap untuk SPSS memandang di situ aku paling lemah
2. mendapatkan teknik penulisan analisis data dari pelajar yang terbaik...dari pensyarah yang paling mantap leee..
3. pendekatan dengan supervisor...sangat penting...biar kita mengalah dan ikut je apa yang supervisor nak..asalkan kita dapat apa yang kita nak...sanggup ketepikan pendapat sendiri??? dan simpan ego tu dalam peti besi?
4. Plan..plan..plan..
5. pastikan ada sokongan padu dari sahabat handai serta ada peniup semangat dan penenang....(yang boleh bergaduh, berbincang dan berkongsi....!)
6. IKUT apa yang dirancang....kalau terpesong, balik le ke pangkal jalan!
7. mesti ada hobi....aku?....FOREX...hehehe! sebab aku selalu berjaga malam..so dengan hobi ni, aku berjaga tapi dibayar....hahahaah!
8. sayangi keluarga....(INI yang paling UTAMA!) sebab kita buat semua ni untuk mereka juga...mungkin kerana buat aku...motto aku ialah, di mana aku berhenti, di situlah penyambung zuriat ku!

sanggup?????

Separuh sudah hampir habis...

. Saturday, October 3, 2009
0 comments

Hari ini adalah kelas terakhir untuk semester ini. Hanya tinggal untuk submit assigments yang menggantikan exam. Hari ini juga aku menemui di celah-celah yang ramai, seorang pelajar sekelas dengan aku untuk kelas Prof hariri dan Prof Omar. Sememangnya kepala dia dengan kepala aku sama. Tak pernah lokek berkongsi dengan harapan dapat berkongsi sama-sama. Namun begitu dalam lebih sejam kami bercerita, aku menyelusuri perjalanan kisah dia belajar di sini sepanjang pengajian untuk segulung ijazah yang aku rasa telah mengajar dia erti gunting dalam lipatan, antara sahabat dan musuh dalam selimut. Dan akhirnya bagaimana semua yang dirancang ada politik tersendiri.

Dia seorang pelajar Anugerah Di raja untuk Pengajian ijazahnya di UPSI dan kini sedang meneruskan pengajian di bidang Master dengan tanggunggan penuh dari UPSI tetapi dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai penolong kanan di sebuah sekolah rendah.

Pengajaran yang aku timba dalam semester ini memang mengajar aku menjadi seorang yang tidak lagi kisah dengan apa orang fikir kerana di akhir kisah itu, semuanya pasti kita yang menanggungnya seorang diri. Tidak akan sesiapapun yang akan datang membantu sebaliknya lebih cepat menunding jari dan meletakkan kita dalam keadaan salah!

Maka berbaki dua semester ini, aku hanya pentingkan diri aku sendiri tanpa perlu aku mendahulukan kepentingan orang lain kerana aku juga menyelusuri beberapa pengalaman yang menyebabkan aku memaafkan apa yang berlaku tetapi pasti aku tidak melupakan... berdendamkah aku?

Belajarlah, sebab lebih baik kita mengatakan kita tahu dan benar-benar tahu tetapi kalau kita kata kita tak tahu dan benar-benar tak tahu...hmmm?! Baik persoalkan di mana diri kita berada ketika itu...

Dan ada masanya kita merendahkan diri tetapi bukan bermakna kita bodoh atau perlu dibodoh-bodohkan...hanya sekadar mengenepikan ego untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang sanggup pergi jauh dan mengorbankan banyak perkara untuk mengerti dan memahami keperluan dan kehendak sendiri tanpa bersikap prejudis atau judgmental terhadap sekeliling?






During The Last SPSS class

. Friday, October 2, 2009
0 comments

Spss bukan bidang yang aku minat dan pasti satu software yang hanya memeningkan kepala aku. Pastinya tak mampu nak menunjuk pandai...

Tapi ntah macamana malam ni aku boleh bercerita kat depan kelas macamana nak jawab soalan xm dari Prof Hariri dengan Sarina Ayu!...hahahahahaha....lawak badak sungguh bila aku keluar dari kelas malam ni. Sememangnya pengalaman yang fulamak utk aku...eehheeeh! Aku tahu gak Spss rupa-rupanya! Kurang sikit dari prof-prof yang ajar....lebih sikit dari masa aku mula-mula masuk dulu.

Namun mungkin kerana aku cukup tak suka bila aku tak tahu...keadaan ini memang membuat aku terasa seperti OKU!

Akhirnya 5 soalan prof Hariri selesai dijawab!

1. Descriptive analysis
2. Histogram to show distribution
3. Independent - sample t test
4. Boxplots (semua nganga sebab dia tak pernah ajar!)
5. Regression Equation Model (yang paling menarik untuk diexplore!)