Memulakan Thesis

. Friday, September 4, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Aku semakin hampir dengan thesis aku walaupun aku masih lagi termanggu-manggu memikirkan dari sudut mana untuk dimaulakan. Keseluruhan paparan thesis aku telah berubah....dari kepimpinan kepada pengurusan sekolah berkaitan obesity. Tajuk yang memang menarik cuma aku terasa berjalan seorang diri!
Keuntungan memang berpihak kepada aku apabila Penyelia aku memang membantu aku. Memang aku lega dapat penyelia yang sama-sama memahami istilah "kita" bukan "kami" atau "aku"...Pengistilahan itubenar-benar membuat aku terasa sebahagian dari kelompoknya walaupun aku tidak mengenali anak buahnya yang lain-lain...Apa yang pasti ialah bahan-bahan bacaan memang dikongsi bersama...
Aku sangat berharap sesiapa yang ada bahan atau maklumat tentang program yang dijalankan disekolah di Malaysia, dapatlah berkongsi sesama kita...
Dalam masa yang sama aku juga sedang belajar bercinta dengan SPSS. Software yang penting dalam kaedah penyelidikan kuantitatif tetapi aku ni memang jenis tak suka dikawal dengan perasaan tidak tahu! Maka perlahan-lahan aku menyingkap segala rahsia yang ada. Walaupun berdikit-dikit tapi aku semakin memahami...setakat berkenalan dan mengetahui memang tidak mencukupi!
Satu langkah demi satu langkah...

0 comments: