Hari ini aku menghadiri "Research Training Program" anjuran Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Program ini dijalankan selam tiga hari bermula dari hari ini sehingga hari Rabu.
Apa yang menarik?
Aku mengenali beberapa pensyarah UPSI yang sebelum ini hanya mendengar nama! Aku berkenalan semula dengan perkara-perkara yang telah aku bergelumang selama setahun di sini. Sesuatu yang aku yakin ialah, selama mana pun kita merasakan kita sudah tahu, tetap akan ada perkara-perkara yang kita tidak tahu dan ini yang menjadikan perkara itu semakin seronok untuk diterokai. Mungkin ada di antara kita mengambil masa untuk mengenali sesuatu dan ada pula yang selepas tahu, buat tidak tahu! Dan berapa ramai pula yang terus mengambil tahu perkara-perkara yang kecil dan remeh?
Itulah inti pati yang dapat aku garapkan dari program hari ini bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.45 petang.
Aspek-aspek yang disentuh sememangnya berkisarkan kepada permulaan dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian khusus sepanjang melakukan penyelidikan dan banyak info yang boleh dimanafaatkan untuk jangka panjang.
Hari Ini
Labels: UPSITerjah!
Labels: ThesisSatu persoalan demi satu persoalan menerjah minda minta dikupas! Akhirnya aku terkulai dalam dakapan jurnal-jurnal dan macam-macam bahan untuk mencari perkaitan antara amalan pemakanan, obesiti, faktor dan polisi sekolah. Soalan-soalan kenapa, mengapa dan bagaimana silih menerpa...
Akhirnya soal selidik disiapkan tetapi sekarang buntu memikirkan bagaimana nak dirangkakan konsep yang ingin disampaikan agar aku sendiri memahami apa yang aku sendiri kehendaki...
Mencari Arah
Labels: soal selidikHari ni aku mula mereka-reka apa yang nak diisi dalam soal selidik. Payahnya! Rasanya dah berminggu-minggu aku memendam apa yang telah dibincang dengan penyelia. Mungkin kerana ada pakar yang mengatakan elok fikir dalam tidur so aku pun simpan dalam kepala segala perbincangan dengan penyelia sehingga aku rasa aku faham apa yang dia nak.
Bukan mudah nak menulis apatah lagi nak mereka-reka! Mungkin ke aku ni lurus bendul...heheheh...atau nak yang mudah sentiasa?
Apapun beberapa hari yang ada ditangan sememangnya sudah diatur untuk menyelesaikan urusan soal selidik dan proposal dalam bulan November. Mungkin kerana ada perkara yang ingin aku selesai sepanjang bulan Disember.
Kini aku sedang memerhatikan apa yang kegunaan timeline, milestone dan carta gantt! Baru aku tau kepentingannya bila aku asyik tersasar dari apa yang dirancang.
Moral of the story ialah kena plan...dan kena tahu apa yang telah diplan..biarlah dalam kepala je!
Mampukah...
Hari ini secara rasminya aku sudah menamatkan 2 semester pengajianku di UPSI. Maka sudah sampai masanya merangkak berdikit-dikit untuk memulakan penulisan proposal aku. Menakutkan...hehehe...pecah peluh!
Hari ni juga aku melalui satu pengalaman yang menyeramkan aku sebab buat kali pertama aku nak tengok macamana student viva di UPSI...hahahaha...masa tu jugakla nak tunjuk student yang gagal dalam vivanya....hancus aku...hilang melayang semangat aku seketika!
Setakat ni aku baru dapat maklumat ada dua lagi student yang akan viva dari FPE...harap kali ni aku tidak tertinggal apa-apa maklumat..cisss...kesilapan hanya pada email address aku je...!
Paling boring bila di UPSI, tatacara aliran untuk bergraduat tidak diatur secara tersusun. Malahan banyak maklumat tertinggal dengan keadaan tidak ada kesinambungan di antara fakulti dan IPS. Akhirnya pelajar kena bergerak sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan...itu pun dengan keadaan ada beberapa persoalan yang belum ada jawapan. Maka cara yang paling mantap ialah menyusun strategi untuk grad dalam tempoh 4 semester atau kurang.
Antara strategi aku ialah:
1. mendekati siapa pensyarah yang paling mantap untuk SPSS memandang di situ aku paling lemah
2. mendapatkan teknik penulisan analisis data dari pelajar yang terbaik...dari pensyarah yang paling mantap leee..
3. pendekatan dengan supervisor...sangat penting...biar kita mengalah dan ikut je apa yang supervisor nak..asalkan kita dapat apa yang kita nak...sanggup ketepikan pendapat sendiri??? dan simpan ego tu dalam peti besi?
4. Plan..plan..plan..
5. pastikan ada sokongan padu dari sahabat handai serta ada peniup semangat dan penenang....(yang boleh bergaduh, berbincang dan berkongsi....!)
6. IKUT apa yang dirancang....kalau terpesong, balik le ke pangkal jalan!
7. mesti ada hobi....aku?....FOREX...hehehe! sebab aku selalu berjaga malam..so dengan hobi ni, aku berjaga tapi dibayar....hahahaah!
8. sayangi keluarga....(INI yang paling UTAMA!) sebab kita buat semua ni untuk mereka juga...mungkin kerana buat aku...motto aku ialah, di mana aku berhenti, di situlah penyambung zuriat ku!
sanggup?????
Separuh sudah hampir habis...
During The Last SPSS class
Labels: spssSpss bukan bidang yang aku minat dan pasti satu software yang hanya memeningkan kepala aku. Pastinya tak mampu nak menunjuk pandai...
Tapi ntah macamana malam ni aku boleh bercerita kat depan kelas macamana nak jawab soalan xm dari Prof Hariri dengan Sarina Ayu!...hahahahahaha....lawak badak sungguh bila aku keluar dari kelas malam ni. Sememangnya pengalaman yang fulamak utk aku...eehheeeh! Aku tahu gak Spss rupa-rupanya! Kurang sikit dari prof-prof yang ajar....lebih sikit dari masa aku mula-mula masuk dulu.
Namun mungkin kerana aku cukup tak suka bila aku tak tahu...keadaan ini memang membuat aku terasa seperti OKU!
Akhirnya 5 soalan prof Hariri selesai dijawab!
1. Descriptive analysis
2. Histogram to show distribution
3. Independent - sample t test
4. Boxplots (semua nganga sebab dia tak pernah ajar!)
5. Regression Equation Model (yang paling menarik untuk diexplore!)
SPSS Atuk!
Labels: spss