Hari Ini

. Monday, November 30, 2009
0 comments

Hari ini aku menghadiri "Research Training Program" anjuran Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Program ini dijalankan selam tiga hari bermula dari hari ini sehingga hari Rabu.

Apa yang menarik?

Aku mengenali beberapa pensyarah UPSI yang sebelum ini hanya mendengar nama! Aku berkenalan semula dengan perkara-perkara yang telah aku bergelumang selama setahun di sini. Sesuatu yang aku yakin ialah, selama mana pun kita merasakan kita sudah tahu, tetap akan ada perkara-perkara yang kita tidak tahu dan ini yang menjadikan perkara itu semakin seronok untuk diterokai. Mungkin ada di antara kita mengambil masa untuk mengenali sesuatu dan ada pula yang selepas tahu, buat tidak tahu! Dan berapa ramai pula yang terus mengambil tahu perkara-perkara yang kecil dan remeh?

Itulah inti pati yang dapat aku garapkan dari program hari ini bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.45 petang.

Aspek-aspek yang disentuh sememangnya berkisarkan kepada permulaan dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian khusus sepanjang melakukan penyelidikan dan banyak info yang boleh dimanafaatkan untuk jangka panjang.

Terjah!

. Tuesday, November 17, 2009
0 comments

Satu persoalan demi satu persoalan menerjah minda minta dikupas! Akhirnya aku terkulai dalam dakapan jurnal-jurnal dan macam-macam bahan untuk mencari perkaitan antara amalan pemakanan, obesiti, faktor dan polisi sekolah. Soalan-soalan kenapa, mengapa dan bagaimana silih menerpa...

Akhirnya soal selidik disiapkan tetapi sekarang buntu memikirkan bagaimana nak dirangkakan konsep yang ingin disampaikan agar aku sendiri memahami apa yang aku sendiri kehendaki...

Mencari Arah

. Wednesday, November 11, 2009
1 comments

Hari ni aku mula mereka-reka apa yang nak diisi dalam soal selidik. Payahnya! Rasanya dah berminggu-minggu aku memendam apa yang telah dibincang dengan penyelia. Mungkin kerana ada pakar yang mengatakan elok fikir dalam tidur so aku pun simpan dalam kepala segala perbincangan dengan penyelia sehingga aku rasa aku faham apa yang dia nak.

Bukan mudah nak menulis apatah lagi nak mereka-reka! Mungkin ke aku ni lurus bendul...heheheh...atau nak yang mudah sentiasa?

Apapun beberapa hari yang ada ditangan sememangnya sudah diatur untuk menyelesaikan urusan soal selidik dan proposal dalam bulan November. Mungkin kerana ada perkara yang ingin aku selesai sepanjang bulan Disember.

Kini aku sedang memerhatikan apa yang kegunaan timeline, milestone dan carta gantt! Baru aku tau kepentingannya bila aku asyik tersasar dari apa yang dirancang.

Moral of the story ialah kena plan...dan kena tahu apa yang telah diplan..biarlah dalam kepala je!