Hari ni aku mula mereka-reka apa yang nak diisi dalam soal selidik. Payahnya! Rasanya dah berminggu-minggu aku memendam apa yang telah dibincang dengan penyelia. Mungkin kerana ada pakar yang mengatakan elok fikir dalam tidur so aku pun simpan dalam kepala segala perbincangan dengan penyelia sehingga aku rasa aku faham apa yang dia nak.
Bukan mudah nak menulis apatah lagi nak mereka-reka! Mungkin ke aku ni lurus bendul...heheheh...atau nak yang mudah sentiasa?
Apapun beberapa hari yang ada ditangan sememangnya sudah diatur untuk menyelesaikan urusan soal selidik dan proposal dalam bulan November. Mungkin kerana ada perkara yang ingin aku selesai sepanjang bulan Disember.
Kini aku sedang memerhatikan apa yang kegunaan timeline, milestone dan carta gantt! Baru aku tau kepentingannya bila aku asyik tersasar dari apa yang dirancang.
Moral of the story ialah kena plan...dan kena tahu apa yang telah diplan..biarlah dalam kepala je!
1 comments:
assalamualaikum akak syarifah..
akak sedang mngambil master di upsi ye? saya nurul mndpt twran master upsi bg kmsukn bln 12 ni..
blh saya tnya proses pembelajaran di master upsi?
Di upsi, ada tak master separuh masa?bagaimana cara pembelajaranya?
saya akan bekerja sebagai guru pada awal thun dpn..saya risau bertindan masa dan pekerjaan...terima kasih akak..saya berharap akk blh mghubungi sy d kemei_23611@yahoo.com
Post a Comment