Mampukah...

. Friday, October 30, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Hari ini secara rasminya aku sudah menamatkan 2 semester pengajianku di UPSI. Maka sudah sampai masanya merangkak berdikit-dikit untuk memulakan penulisan proposal aku. Menakutkan...hehehe...pecah peluh!

Hari ni juga aku melalui satu pengalaman yang menyeramkan aku sebab buat kali pertama aku nak tengok macamana student viva di UPSI...hahahaha...masa tu jugakla nak tunjuk student yang gagal dalam vivanya....hancus aku...hilang melayang semangat aku seketika!

Setakat ni aku baru dapat maklumat ada dua lagi student yang akan viva dari FPE...harap kali ni aku tidak tertinggal apa-apa maklumat..cisss...kesilapan hanya pada email address aku je...!

Paling boring bila di UPSI, tatacara aliran untuk bergraduat tidak diatur secara tersusun. Malahan banyak maklumat tertinggal dengan keadaan tidak ada kesinambungan di antara fakulti dan IPS. Akhirnya pelajar kena bergerak sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan...itu pun dengan keadaan ada beberapa persoalan yang belum ada jawapan. Maka cara yang paling mantap ialah menyusun strategi untuk grad dalam tempoh 4 semester atau kurang.

Antara strategi aku ialah:

1. mendekati siapa pensyarah yang paling mantap untuk SPSS memandang di situ aku paling lemah
2. mendapatkan teknik penulisan analisis data dari pelajar yang terbaik...dari pensyarah yang paling mantap leee..
3. pendekatan dengan supervisor...sangat penting...biar kita mengalah dan ikut je apa yang supervisor nak..asalkan kita dapat apa yang kita nak...sanggup ketepikan pendapat sendiri??? dan simpan ego tu dalam peti besi?
4. Plan..plan..plan..
5. pastikan ada sokongan padu dari sahabat handai serta ada peniup semangat dan penenang....(yang boleh bergaduh, berbincang dan berkongsi....!)
6. IKUT apa yang dirancang....kalau terpesong, balik le ke pangkal jalan!
7. mesti ada hobi....aku?....FOREX...hehehe! sebab aku selalu berjaga malam..so dengan hobi ni, aku berjaga tapi dibayar....hahahaah!
8. sayangi keluarga....(INI yang paling UTAMA!) sebab kita buat semua ni untuk mereka juga...mungkin kerana buat aku...motto aku ialah, di mana aku berhenti, di situlah penyambung zuriat ku!

sanggup?????

0 comments: