Perbezaan antara Persampelan Kelompok dan Persampelan Bertujuan

. Monday, March 29, 2010
0 comments

Ada beza ka???

ada....

Persampelan Berkelompok adalah sampel yang berada dalam kelompok yg sama tanpa diketahui jumlahnya tetapi persampelan Bertujuan @ purposive pula perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

So aku punya thesis pakai persampelan berkelompok kerana aku memilih menggunakan SMK Agama dari  keseluruhan sekolah menengah kebangsaan, kemudian aku memilih SMK Agama dari Perak sahaja dari 56 buah SMKA seluruh negara, seterusnya sampel dari populasi ditetapkan dari golongan pentadbir sahaja....

Peranan Sekolah Dalam Pengurusan Obesiti di SMKA negeri Perak

. Sunday, March 28, 2010
0 comments

Permasalahan kajian

1.      Masalah obesiti yang meningkat dalam kalangan pelajar menyebabkan
a.       Ramai pelajar berisiko mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, masalah jantung dan barah .
b.      Pelajar tidak aktif sehingga berlaku penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.
c.       Risiko kesihatan berpanjangan
2.      Pertambahan perbelanjaan dari segi perubatan kesihatan
3.      Obesiti adalah ‘ibu’ segala penyakit;
a.       Ancaman kepada kesihatan
b.      Kegagalan menjamin pelajar cemerlang
c.       Jangka hayat tiga tahun lebih pendek dari mereka yang kurus.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan peranan sekolah dalam pengurusan obesiti dari aspek seperti berikut:
1.      Menguji tahap obesiti pelajar SMKA negeri Perak berdasarkan BMI.
2.      Menentukan sama ada pihak sekolah menyediakan aktiviti fizikal dan nutrisi melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
3.      Menentukan sama ada pihak sekolah melaksanakan Rancangan Kesihatan Sekolah.
4.      Menentukan sejauh mana pelaksanaan promosi kesihatan berkualiti tinggi dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah (Kempen Gaya Hidup Sihat)
5.      Menentukan sejauh mana kursus berkualiti tinggi dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
6.      Menentukan sejauh mana peluang untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
7.      Menentukan sejauh mana pelajar mendapat pilihan makanan yang menarik dan berkhasiat selain dari yang disediakan di kantin.
Persoalan Kajian
1.      Adakah pelajar SMKA di negeri perak obes?
2.      Adakah terdapat aktiviti fizikal dan nutrisi melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan?
3.      Adakah pihak sekolah melaksanakan Rancangan Kesihatan Sekolah?
4.      Adakah promosi kesihatan berkualiti tinggi dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah dilaksanakan di sekolah (Kempen Gaya Hidup Sihat)?
5.      Adakah kursus berkualiti tinggi dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilaksanakan di sekolah?
6.      Adakah terdapat peluang untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal?
7.      Adakah pelajar mendapat pilihan makanan yang menarik dan berkhasiat selain dari yang disediakan di kantin?

How to write a winning thesis

. Friday, March 19, 2010
0 comments

Sebuah buku yang pasti bakal membantu ramai yang ingin memulakan penulisan ilmiah...sebagaimana aku sekarang yang sedang terkial-kial memulakan thesis!